Isnin, 31 Disember 2012

Akhir tahun

Assalamualaikum W.B.T

Apo kabo ni jang? mu sehat2 belako dok?eh, hehe.. Tau idok hari ni  31 Dec 2012? Lau tak tau meh sini den pekik kat telinga mu tu biar pahe. Apa malam2 aku dah cakap loghat ni, loghat campur pulak tu. Jadi rojak dah. lol Ya hari ni hari terakhir bagi 2012 dan takda yang spesial hari ni dan aku sorang2 kat bilik dan sedang meroyan kat twitter. hahaha.. lagi sekali lawak aku HAMBAR.


Bila bercerita bab 2012 ni dari malam ni sampai akhir tahun depan pun tak habis lagi tahu.Banyak cerita,suka dan duka yang aku dah tempuh.Dari aku habis SPM,dapat result,kerja, then masuk poli. Nak kata orang mana entah, 'LAIN ORANG LAIN KISAHNYA' ye idok? cukuplah kisah yang aku dah tulis dekat blog aku sebelum ni. Dan memasing kat laman sosial sibok dok tanya2, apa azam tahun baru? hahaha k.. Aku takda azam tahun baru,yang azam tahun 2007 pun aku tak buat lagi,inikan pula nak buat azam baru. Aku tau korang sibuk dok tulis kat status azam tahun baru nak itu lah, nak ini lah tu takkan tercapai. kakakakaka *gelak orang tercekik*  

Dalam entry kali ni aku nak cerita pasal apa yang terjadi kat 31 DEC 2012 aku. Ehem.. wa nak cerita lu orang jangan mau menyampuk pulak,kang tak pasal2 wa hempuk lu dengan batang penyapu baru lu tau erti penyesalan. hahahaha .. wa taiko anak jawa. keh keh..

Aku bangun pukul 6.15 dari bilik kawan then dengan mata yang tak boleh nak bukak,kuyu masuk bilik sendiri.Niat di hati nak sambung tido lepas solat,tapi acah2 diri ni cukup bertenaga macam dah boleh lari maraton pagi2 ni, so tak payah tido. ehem.. :P Duduk2 usha2 phone yang tak berapa nak lawa ni,tetiba nak main twitter kejap. eh, kejap ke? hahaha.. Ramai budak2 poli aku yang tak balik disebabkan kepintaran mereka membodek lecturer untuk batalkan kelas, jeles tahap nak baling telur kat dieorang ni,sedap2 pepagi tidur sampai meleleh -leleh air liur, aku bangun pagi2 nak pergi kelas.Tapi bagus jugak,nampak tak saya ni pelajar yang rajin? hahahaha *angkat kening ala2 ziana zain dan tak jadi pun kening tu* -.- Bila dah semangat nak pergi kelas tu, lupa nak pakai stokin, benci betul bab lupa nak pakai stokin. haishh..Nasib baik kawan ni jenis yang tak berapa nak kisah. eh, tak kisah ke? haha :P

Hari ni kami pakai baju polibrigate. Hai *lelambai* . Dengan baju tshirt yang besar ni, aku pergi kelas.Biar sana orang nak cakap 'badan kecik,pakai baju besar kedabak' .Pakai baju bebesar ni selamat tau. eh, hehe.. betul. *muka serius* Kelas hari ni hanya kelas rekreasi selama 5 jam JER. k.. seronok belajar rekreasi ni. Kiteorang dibawak masuk swimming pool.Bila dah masuk situ, mula lah muka keterujaan aku, haha *tolong jangan bayangkan* Then lecturer cakap, Encik Khirun namanya, *kolam kecik tu haram untuk kamu semua masuk* aku dah dok senyum2 kat situ sebab aku ingatkan aku dapat kolam kecik tu,tapi tak pun.Lecturer dah pandang2 aku,macam tau2 jer apa yang aku fikir sekarang. Malu den. hahaha.. Pastu mula lah pembelajaran . semua dok lentok jer bila lecturer mengajar, wa gelak jer tengok depa ni. hahahaha *mohon terasa* Lepas habis jer belajar ada pulak kuiz,memang masing2 dok gelabah tak tau jawapan ape untuk2 soalan2 tu. aku pun. haha k. Lepas perah otak sampai tak keluar2 isi, kawan ajak makan pizza kat sg. besar. memang masa dengar tu memang terliur aku,tapi tak lah meleleh-leleh cam korang :P Last2 perut senak plus loya makan benda ni.Kawan2 yang habiskan.Lantak mu ler,ceq dah takleh masuk dah ni,bak nye aku muntah hijau kat situ. Tak ke naya. :D Then lepas perut kentang mengalahkan ular sawa tu,pergi usha2 kasut beg apa semua barang yang rasa cantik di hati. Ewah,last2 aku tak beli pape pun,member yang dok banyak beli barang.Haha.. k..Kalau jalan dengan member2 rapat ni habis segala cerita nak disebutnya,Mercik air liur, hahahahaha xD sampai poli dekat2 pukul 6 laa jugak,penatnya jangan cakap. hm Sampai di situ sajalah kisah saya pada hari ni. hehehe *tepuk tangan* *tutup tirai pentas* lol

Terasa 2012 ni sangat pantas berlalu.Angkat kaki kalau setuju. hehe.. Umur gua pun nak naik ke angkan 19.Tapi wa tetap maintain kecik. hahahaha lol *muntah hijau* Kali pertama dalam sejarah hidup nak masuk tahun baru, aku kat tempat orang. hm

Nota Kaki: Pengakhiran tahun tak bermakna hidup korang pun akan berakhir. Tapi kalau dah ajal esok meninggal nak buat macam mana kan.*pasang lagu zikir* Jaga diri anda tak kira dimana anda berada. pesanan ikhlas dari saya. 
Apa aku dah merepek memalam ni. hahaha k bye, assalamualaikum. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan