Sabtu, 15 Disember 2012

Sem baru

Assalamualaikum W.B.T

Pagi yang indah ni aku isikan masa aku dengan makan coklat,on twitter n update blog ni.Nampak tak kebosanan melanda aku.Makan tido makan tido jadi peneman aku sekarang.Ya allah mohon ada duit jatuh dari langit.Terasa macam diri ni orang kaya bila dapat duit dengan cara camtu kan.hahaha :P


Entry kali aku nak taip kat sini yang aku BOSAN yang teramat.Dah sampai poli aku acah2 excited depan mak sebab aku nak mak aku tengok yang aku ni semangat masuk sem baru n dapatkan pointer tinggi.Hari pertama aku kat poli diri dah kelam kabut.mencari kawan2 kelas yang invisible entah kemana.Terasa asing di poli sendiri. Haishh..Terkebil-kebil sendiri aku kat depan jabatan hospitaliti ni.Then terserempak junior2 yang comel dan hensem2 belaka. eh, hahaha :P waktu tu memang hari cuci mata sedunia lah kan. kah kah kah... :D Bila dah usha2 junior kejap,kawan telefon cakap daftar asrama dulu.Memang nak kena baling tembikai dengan pengurusan kat poli ni.Kejap daftar kursus dulu,last2 kena daftar asrama pulak. Lepas daftar benda2 alah tu semua,then tercari-cari mana bilik asrama aku.Lepas tu tunggu kakak aku yang parking kereta entah kat mana. memang kelam kabut lah aku cakap kat kau.Meroyan kejap aku kat depan blok asrama. keh keh keh.. :D Barang yang berat2 aku kena bawak sampai tingkat 3,yang ringan2 kakak aku yang bawak.Tak aci betul.Rasa macam nak baling kasut wedges aku ni kat akak aku.siap ketawa bila aku tak kuat nak angkat beg yang ternyata sama besar macam aku.rasa macam cenenotnye lah aku ni kan. err --' Sampai jer depan pintu bilik,dah nampak dah roomate aku,ehem.. syafinaz namanya.Kenal2 camtu aje,then memasing blah buat hal sendiri.Nampak tak ketidakserasian di situ.Haishh..Rasa macam nak hempuk diri sendiri jer bila aku tak dapat biasakan diri dengan roomate baru. Yela aku ni kan pemalu and malas nak bukak mulut cakap dengan orang, eh, hahaha.. Bila malam pulak sensorang dok melayan lagu jiwang karat sambil bertemankan bunyi cengkerik.. *krikk krikk* Aku ni sekarang dah tak boleh dok menjerit-jerit macam orang kena histeria sebab bukak2 pintu bilik jer terpampang rumah warden depan aku.memang  TERBAIK lah aku cakap kan.So sampai hari yang ketiga kat asrama aku just cakap benda2 yang penting jer dengan roomate aku,Im sorry if I cant be a good roomate for you my friend.Dan sekarang aku dok sensorang dalam bilik dok melayan perasaan sebab roomate aku pergi keluar dengan kawan2 dia. Arrgghh stress melanda diri aku sekarang.

Banyak sangat aku membebel kat blog ni.bebel2 aku dapat jugak aku luahkan perasaan,korang ada? hahaha :P 
-THE END-

Nota kaki:Aku rindukan roomate aku yang dulu tapi bak kata orang,Tak selamanya kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Ye dak? And I wish I can be together with my ex roomate even I know that this thing never be happen.Tapi kuasa allah kita tak tahu peace yo ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan