Khamis, 3 November 2011

Dah dekat dah .. -___-

Assalamualaikum . Lalalalalalala .....  1 minggu lagi weyh.SPM menjemput kita semua . Kawan-kawan, kita akan ikut haluan masing-masing lepas ni. Kita dah tak boleh macam dulu lagi . Kita pergi kantin sama-sama,pegi Perpustakaan sama-sama,kongsi makanan sama-sama, tak boleh gurau senda dalam kelas kita *kankankan* sedih,sedih,sedih . Bila kita ingat balik masa kita sama-sama dulu, nak nangis T.T . Itulah kenangan yang takkan kita lupakan seumur hidup kita . Minggu pertama aku akan periksa BM,BI,SEJ,MM dan tasawwur . Cuba dapatkan A untuk semua subjek .*AminAminAmin*

DupDapDupDap ! jantung berdegup laju ni . dengar tak ? haha . Cuba ketepikan semua FACEBOOK ! TWITTER ! dan blog ni juga . Nanti kalau semua dah berjaya kita buat reunion ye ? *ececeh* belum habis sekolah lagi . *TakpeTakpe* perancangan .

Akhir kata dari saya, SITI SHAHIDA BT SAILANI meminta maaf banyak-banyak andai ada perkataan di dalam blog ni yang menyinggung perasaan anda semua , harap dimaafkan . Kepada semua rakan-rakan saya, Maaf dipohonkan atas kekasaran, keterlanjuran ,perbuatan dan perkataan yang menyinggung anda semua .Doakan saya dan juga kawan-kawan saya agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM . Doa anda semua sangat-sangat saya perlukan ketika ini .Semoga SAM. Unwanus Saadah akan melahirkan pelajar cemerlang SPM 2011 . Amin .



  P/s: Aku tengah rindu suara budak-budak kelas aku yang suka menyanyi kat kelas .sape yang sekelas dengan aku rindu tak? *AnggukAngguk*





Muka aku yang tengah tension cari buku tak jumpa-jumpa -_-

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. ditag untuk segmen ini http://seventh-july95.blogspot.com/2011/11/segmen-bloglist-keri-sebarkan-walau-1.html

    BalasPadam