Rabu, 23 Oktober 2013

Selagi mampu

Assalamualaikum. w.b.t


Ada sehat? alhamdulillah kalau sehat. Aku pun sehat walafiat. *hm tetap cakap walau hang tak tanya* cehh~
Kembali aktif di blog lagi mungkin. untuk bulan ni dan 11. Ado maso den update lah. hehehe~


Hidup tak selalunya ada peluang keemasan. peluang keemasan? *yelah takkan emas kat habib pulak kan* k merepek.  Tak semua mampu dapatkan. Fuhh~ Kalau dibagi pun, tak selalunya kita perasan. Yelah terlalu asyik dengan duniawi bila nak buka mata untuk ukhrawi. Haaa~  Tak semua juga manusia tu bernasib baik. Ada yang dilahirkan miskin, kaya. Ada yang dilahirkan dalam keluarga bahagia, derita.Ada yang dilahirkan sempurna, cacat. 

Dan ada peluang keemasan diwaktu sehat gunakan untuk kebaikan dan perlulah persiapkan diri untuk menghadapi hari sakit atau mungkin juga hari KEMATIAN kita. hm

Ada peluang keemasan jadi kaya jangan lupa bersedekah ingat mereka yang susah, ibu bapa yang besarkan kita, kepada yang tiada sesiapa jangan sedih ada jalan untuk korang gunakan peluang keemasan korang dengan buat baik dapat bagi syafaat kat arwah ibubapa korang tu. 

Ye ramai yang dah kata, tulis ayat macam ni dan korang pun da penah dengar bukan kadang2 tapi setiap hari mungkin setiap waktu. Jadi manusia adalah untuk saling ingat ,mengingati. Bukan aku sorang jer kata tapi dah ramai orang kata. k 

Emas kalau disedekahkan habis kalau peluang keemasan digunakan insyaallah akan bagi dan bagi dan bagi dan bagi dan bagi, k berapa banyak bagi daaa. memang banyak sampai tak terhitung. Cuma sedar tak sedar jer. 

Ahh aku cemburu dengan da'ei2 ni, emas dieorang iaitu ilmu banyak lepastu dikongsi dengan orang lain lepastu orang lain share dengan orang lain dan begitulah seterusnya. Allah sanjung da'ei2 ni. Bukan senang nak terima kutukan orang lepastu sebarkan syiar2 islam. 

Apa cacamarba cerita aku ni. pedulikan. Janji apa aku nak sampaikan ada. k 

Peduli apa orang nak kata. 
 Selagi mampu untuk aku cakap, tulis aku buat.

Nota kaki : Pernah selama ni korang terfikir macam mana rasa rindunya rasullullah terhadap umat? menyebut 'ummati ummati ummati setiap masa' pernah ada rasa nak berjumpa rasullullah? aku tanya ni pernah? pernah tak? *tepuk dada tanya diri*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan