Sabtu, 19 April 2014

LATIHAN INDUSTRI.

Assalamualaikum W.B.T



Angin pagi menusuk ke badan. sejuk tak terkata. Kata aku. Pergi ke office macam biasa. Tapi untuk yang terkhir kali sebagai pelajar praktikal. Takhta pelajar paktikal akan digugurkan hari ni. Whoo~

Bermula 2 Disember 2013, Langkah kanan  masuk ke office dengan memakai baju kurung berwarna coklat ala-ala gadis melayu terakhir *muntah dalam baldi* semangat masuk kerja. Di pagi hari dah bermandi peluh sental lantai luar office. Cleaner sangat tau. Hahaha . Mula lah akak senior mengajaar pum pam pum pam. Macam selalu, masih beriak 'blur' sebab otak tak sedia lagi dengan penat sental itu ini. Nasib aku baik *kot* dapat peluang pi jemput pelancong luar negara dekat LCCT. Jumpa pemain bola sepak luar negara acah-acah tak nampak padahal dalam hati excited tengok depa datang rasa macam nak bagi sambal belacan nak raikan dieorang datang sini haha.

Tengah dok tunggu sambil tengok orang makan krup krap krup krap *lapo sangat bunyinye*, ditegur pulak dengan 'Tour Guide'. Fuhh malu2 nak berborak mulenye, pegang spanduk bagai biar orang tau aku yang 'pick up' dieorang takut Orang-orang ni tak nampak aku *tertutup dengan tour guide yang lain*. Borak punye borak, tibe2 die tanya "Kuala Namu tu kat mana?" *sambil tunjuk kat skrin* . *Gulp* Die tanye aku lagilah aku TAHU sangat kan. Hahaha.. Last2 pegi google. Rupenye tu nama baru bagi Medan, Indonesia. Peramah betul tour guide ni, semua orang nak ditegurnye. Cerita hari pertama praktikal takdelah dahsyat mana nak dibandingkan dengan cerita hari kedua dan seterusnya. Hari-Hari kene marah dan dibebel dengan manager. Macam bertih jagung cakap. Sabarkan jelah. 

Tapi lama kelamaan dah serasi dengan kerja tu ok dah takde nak kene marah dengan boss ke manager. Kire dah ada 'SOMETHING' lah sikit daripada 'NOTHING'. Belajar Amadeus Sistem yang tak pernah nampak n tengok.Kalau masa sem 2 tu adelah belajar sistem Abacus *macam2 sistem pening jugak aku ni* . Blur jer belajar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Tapi lama-lama dapat lah tangkap tapi taklah selaju ferrari, ibarat selaju kereta lembu jer.

Harini aku rasa dah macam jadi orang bekerjaya *cheh* banyak benda yang aku dapat n orang lain takda *mungkin* . Masa sebelum LI ramai cakap "susahlah praktikal travel agent ni, belajar sistem lah itu lah ini lah blaa..blaa.. blaaaa.. " then aku sendiri rasa,guna dan dapat pengalaman dengan benda tu. Semua perasaan jadi satu tahu tak. tahu tak? tahu tak? *annoying sangat tau*.

Aku rasa masa praktikal mula2 dulu, hari esok adalah 'Nightmare' aku. Takut nak hadap customer yang macam ragam,manager yang cakap tak henti macam bertih jagung. TAPI, tu dulu! Sekarang tak lagi. 'SUKA' adalah kunci aku nak keluar dari tampuk lama *ayat gramatis sangat* hahaha.Konklus di hari terakhir, Syukur jugak dapat praktikal di JASPER TRAVEL & TOUR ni, even di marah setiap hari pada awalnya, dikemudian hari is jadi memori *sangaaattt* kat aku. Biar berbekas kesan marah tu, baru dapat potensi diri kita yang sebenar. *ceramah motivasi*.


Nota Kaki : Hati dengan ucapan tak sama. Lain yang disebut, lain yang ada di hati. Last, Semua perkara datangnya dari minat kita. Good luck for presentation Latihan Industri 28-30 April ni. Moh ler bersengkang mata menghabiskan report dan projek. *peace*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan