Sabtu, 7 September 2013

Benda Baru

Assalamualaikum w.b.t


Lama juga tak berkarya kat blog ni. ececehh. Hehe  Bulan syawal dah menutup tirainya. Moga dipertemukan lagi pada tahun hadapan bersama keluarga tercinta. Ameen.  Blog ni juga dah nak sampai kepada anniversary nya yang ke 3. Hampir 3 tahun berkarya dalam dunia blogger ni. Wuwuwu.. Alhamdulillah. Banyak benda dah dikongsikan. Mungkin??

Dlam hidup juga aku dah banyak lalui macam2. 19 tahun aku hidup, banyak benda dah belajar. Dari zero sampai aku tahu tentang benda2 yang wajib aku tahu. Dari benda yang tak pernah aku buat, aku dah buat atau TERbuat. Semua orang melaluinya. 

*toleh kiri* *toleh kanan* aku cuba benda baru, semua orang nampak. benda baik yang aku buat jangan dipuji, benda jahat yang aku buat. Wajiblah tegur aku. Tolong! aku taknak hanyut. Cukuplah zaman bekerja dulu pernah lalai. Taknak benda berlaku lagi. 

*Tarik nafas* *Lepas* Aku rapuh. Kena belajar dari awal mungkin. Perlu sokongan. Nak belajar dari zero. Zaman dulu, aku merinduinya. Tapi mana boleh aku mengulanginya. Nak kata pasrah? seharusnya tak boleh kata pasrah. Kecuali selepas berusaha. 
Apa2 sebelum buat satu kerja, ingat yang allah tu redha tak dengan apa yang kita buat. Aku harap aku sentiasa ingat pada allah. bukan sekali sekala ingat allah, setiap waktu, aku ulang, SETIAP WAKTU..

Nota kaki : entry kali ini pendek saja. Berjayakah penulisan aku ni bagi impak pada kau? *tanya diri kau tu*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan