Jumaat, 20 September 2013

Kawan

Assalamualaikum w.b.t

Hidup ni macam pelangi. Kebahagiaan, keseronokan tak datang selalu. Kadang2 muncul kadang2 pergi. lama sangat... Nak faham orang pun susah. Kat depan baik, ramah dengan kita,tapi di belakang hanya allah yang tahu. Sebabtu kita disuruh pilih kawan yang banyak ilmu, tak kira paras rupa dan terima kita apa adanya. 

Phew~ *lap peluh* isu ni susah juga nak dirungkai. cakap macam ni sikit, orang dah judge bukan2. Susah nak jaga hati orang, lagi2 kawan. Perangai masing-masing tak sama. Ada yang emosi tak stabil *aku lah tu* ada yang happy go lucky memanjang,susah terima pendapat orang,anggap diri die tu betul aje and ada yang nak marah jer setiap masa.Buat tu tak kena,buat ni tak kena.Parah k parah. 

Salah ke nak cuba tegur orang? aku tahu aku pun tak "sesempurna" mana. Tapi kalau benda yang dia tu buat salah, takkan nak pandang jer? Allah soal aku kat akhirat nanti. Tak kesian kat kami yang lihat perbuatan awak tu? awak tak kesian kat diri awak? Aku tau benda macam ni memang sensitif. Tapi kau kawan aku. tak nak biar kau jadi macam tu.Orang yang baca, mesti terasa. Aku pun.  Sentap dengan ayat2 yang aku tulis sendiri.

Solutionnya, kalau orang susah nak terima teguran kita. Mohon kita dijauhkan daripada buat perkara macam tu. Dulu kat sekolah ada belajar, Ada 3 cara untuk mencegah perkara yang baik, pertama mencegah dengan tangan. Bermaksud kita mencegah dengan perbuatan kita. Kedua, mencegah dengan lisan. Iaitu dengan memberi nasihat sesama kita. Dan jika takdapat mencegah dengan kedua cara diatas, cegahlah dengan hati. Cara ni adalah selemah lemah iman. Kita perlu berniat untuk tidak melakukan perkara atau perlu meninggalkan tempat maksiat. "Maaf Kalau Informasi ni Salah"

Nota Kaki : Maaf kalau aku mengganggu perbuatan yang korang lakukan. Tak bermaksud nak menyalahkan korang sebab buat perkara tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan