Jumaat, 26 Julai 2013

Sejenak

Assalamualaikum w.b.t


Tekan tekan handphone. Dengar lagu. tengok movie, mengantuk. tertidur. bangun balik movie habis. Nice sangat. Belek2 fon lagi. Tengok housemate. berborak dieorang ni. Malas nak join.Masuk jer bilik sambil pasang earphone kat telinga ni. Search lagu. Tak menarik untuk didengar. 

Bukak twitter, tetiba teringat budak tomato. Lama tak baca blog dia seyh. Bermotif aku baca blog dia ni. *serious talk* lima entry baru dia semua aku pulun. Satu pun tak tinggal. Kenapa aku suka baca blog dia ni? Try baca dulu sahabat . Baru kau tau. Budak tomato

Sedap2 baca, ya allah terdetik dalam hati. Hinanya aku. Satu hari berpuluh dosa aku buat. Hati ada berkata - kata. Tapi buat tak endah. Manusia, lemah sangat. Yang kuat? ada tapi tak sempurna juga. 1 dalam sejuta. 

Fikir..

Macam2 fikir, itu dan ini. Susah nak dirungkai persoalan dalam hati ni. 

Ya allah jagakan hati ini. Pimpin diri ini. Jangan lepaskan aku dari genggaman. Takut aku tersasar. Susah aku nanti. Berat nak pikul kalau aku dah jauh dariMu. 

Tersentap dengan seseorang ni. Bukan apa. Dia yang dahulunya seorang yang biasa-biasa. Kini berubah serta merta. Tak dinafikan. Hanya disebabkan satu kisah silamnya. Ya allah beruntungnya dia. Ya allah, jaga lah dia. Dia lebih dekat padaMU. Kau telah memilih dia. 

Wahai sahabat,
Aku ucapkan agar kau terus istiqamah dengan perbuatanmu. 
Wahai sahabat,
Kau insan beruntung,
Diterima allah untuk memperbetulkan kesilapanmu yang dulu,
Semoga kau sentiasa di bawah lindungannya.
Aku selalu mendoakanmu


Nota Kaki : Berjalan merangkak semata-mata untuk mendekati diri kepadaNYA. Berusaha semaksima mungkin. Tidak toleh kebelakang. Biarkan masa lalu. Aku mohon jangan menghatuiku masa lalu yang hitam.Biarlah memori yang indah sahaja mengiringku. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan