Khamis, 18 Julai 2013

Ramadhan al mubarak

Assalamualaikum w.b.t


Hai apa khabar? harap korang2 ni semua sehat lah ye? Amacam puasa? ok? ke ko? Dah ada cuti? kalau takda tu baguslah. kalau yang dah ada tu, hm takleh nak buat pa lah kan. Dosa kau.


Fuhhh.. *tarik nafas* *hembus* *tarik nafas* *hembus*


Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa. Kehidupan aku sebagai pelajar pun banyak cabaran. pergi kelas dengan naik prebet sapu yang belum pasti keselamatannya. Fuhh.. Assignment kurang, presentation berlambak. Menguji kesabaran dan minda ni. Kelas tingkat 3, 4. Memang rasa nak pitam.Now rasa macam tak sihat. 
Allah yang beri penyakit, allah juga yang menyembuhkan. Sem 3 ni kali pertama berpuasa di rumah sewa. Semua kena buat sendiri.Tanpa bantuan mak. Kena berjimat cermat. haihh Allah bagi ujian, layankan jer k.
Diberi kesempatan berterawih pada hari ini setelah sekian lama sibuk dengan kerja2. Niat ingin melakukan secara bersendirian, tapi allah hantarkan 2 orang sahabat untuk melakukan ibadah ini secara berjemaah di masjid. betapa allah mengambil berat dan menjaga mereka yang ingin melakukan kebaikan. Ya allah.. Taknak dapat macam tu ke? Rebutlah. Allah menunggu kita tu. Rasailah kehadirannya. 

La tahzan bagi mereka yang baru kehilangan ahli keluarga tercinta.Dugaan buatmu saudara/i . In shaa allah kita semua pasti menyusul.

Dan sempena bulan ramadhan ini, ramai umat islam yang mula untuk berubah, daripada tidak bertudung kepada memakai tudung. Keep it up guys, walau kita tak saling mengenali aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat antum2 semua. 

Ya akhi, ya ukhti. mari banyakkan ibadah bulan puasa ni. zikir 15 minit pun takpa. :) *peringatan untuk diri juga* 
Puasa ni adalah untuk menahan diri kita daripada lapar dahaga, bukan setakat itu, kita perlu juga menahan diri daripada melakukan perkara mazmumah. Apa guna kalau berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga tapi iman tetap tidak ditingkatkan. sia- sia *tolong sentap*


Nota Kaki : Ya allah sampaikanlah aku pada akhir ramadhan untuk menikmati halawatul iman yang kau sediakan dan berikan kepada kami, umat nabi muhammad. Fi hifzillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan