Khamis, 6 Jun 2013

Ziarah

Assalamualaikum 

Hai duduk kat rumah sekarang menunggu sisa cuti aku yang ada lagi seminggu lebih ni. Cepat betul masa berlalu kan. Bila dah cuti lelama ni malas nak balik poli. Manusia2.. memang cenggini. Jangan diikut sangat perasaan tu ye. *cakap dalam hati* Ringannya tangan aku mengupdate blog hari ni. cewaahh.



Beberapa hari yang lepas


Mak : Idaa, nak ikut tak?
me : pegi mana?
Mak : Tengok orang sakit.
me : Kat mana? bila?
Mak : kat hospital lah.Takkan balai polis kot. Sekarang, cepat pegi siap.

Tu lah aku banyak tanya. Kalau aku kat rumah, memang riuh dengar suara aku jer. k pelik jugak aku, kat luar bukan main pemalu nak tegur orang. haha *muntah* disebabkan aku takda pe nak buat kat rumah maka  ikut jelah mak aku ni. Mana tahu lepas pergi hospital dapat makan free ye dak. *harapan* 

Dalam kereta tu memasing layan perasaan. Nak2 time tu lagu jiwang pulak kat radio kan. Teringat gua kat crush gua. Eh, hahaha *tipu* Nasib baik rumah dengan hospital ni ambil masa 20 minit jer. Kalau tak boleh kematu den dalam kereta tu. bosan ya amat. Ingat pergi ke wad biasa jer, ghupanya kena masuk ICU. alahai, sah2 kena masuk berdua atau sorang jer. Dari jauh penjaga ICU tu dok usha2 aku ni, tak bagi aku masuk lettuw.  Dah terang lagi main suluh2, orang ni tak bagi aku masuk sebab ingat aku ni bawah umur. K takpa pakcik. Mak suruh jaga adik2 aku yang 'baik' ni. Dah jatuh ditimpa tangga. layan jelah adik2 aku kat taman permainan ni. Nak join main rasa segan pulak gua. kah kah kah..

Adik aku memang selekeh sikit. Macam akak dia. kisah pulak  aku. Lol 

Nampak tak apa budak belakang tu buat? haha k diam2 jer.




Rambut dia buat aku rasa nak makan maggie sekarang. 




Merenung ke luar jendelaaaaa.. blaa.. blaaa.. blaaaa..

Macam2 gelagat budak2 kat situ, kalau aku join mesti lagi meriah. boleh buat parti kat situ. Nak pergi mengusha,  tapi sebelah hospital ni balai polis pulak, tak ke naya kalau terusha penjenayah? hahaha..  Aku ada jumpa bangunan yang seram. agak2 boleh buat pengembaraan filem seram tak kat sini. Aku jadi pengarah? okay cun. haha


Nak kata ni bilik mayat pun bukan. Kali pertama jejak kaki kat ICU hospital ni. kesian tak kesiannya aku ni. Sebelum balik mengurat mak minta belanja makan. Perut dok bunyi krukk krukk dari tadi. Baik hati mak aku kali ni. 


Nota Kaki : Setiap yang hidup pasti merasai kesakitan. Dan bila sakit, kemungkinan kita akan sembuh atau pergi buat selamanya. Berdoa untuk kesembuhan selagi mampu, tetapi jika allah sudah tidak membenarkan kita untuk bernafas di bumi. maka matilah kita. Sudah cukupkah amalan di dunia?? Allah

1 ulasan:

  1. Bila fikir pasal mati, rasa takut je.. Tapi, yelah kan, nak taknak, we have to face it. Sama samalah kita tingkatkan amal ibadah kita dan memperbanyakkan amalan kebaikan. Sebab kita takkan tau amalan kita yang mana satu yang akan membantu kita kat sana nanti kan. :)

    BalasPadam