Isnin, 25 Mac 2013

MASA

Assalamualaikum w.b.t


Lamanya aku tak update blog kan? sebulan dah. *kira guna jari*  tajuk hari ni takda kena mengena dengan yang hidup dan mati. Hm.. malam ni fefeeling kejap layan blog aku ni. MASA? apa masa yang aku maksudkan ni? ehem.. ni yang ceqq nak habaq ni. huhu.. sebenarnya aku rasa masa sekarang makin pantas. kan? takkan korang tak perasan kot. eh, tu jer ke yang aku nak cakap kan? hahaha.. bukan tu aje, masa2 aku sekarang lain dengan masa dulu. *memang lah lain,dulu sekolah sekarang kat poli* hahaha k tak lawak. mai sambung.. masa kat poli ni mengajar aku erti kesabaran. ececeh, maksudnya kesabaran menahan rindu yang bertandang di hati. hm *fefeeling kejap* hahaha.. dan akhir2 ni roomate selalu balik and aku sorang2 dalam bilik ni. dan aku bersyukur, dalam masa aku kesorangan,aku cuba bermuhasabah diri,mencari diri aku yang dulu. YANG DULU? ya, aku nak jadi shahida yang dulu. Bukan sekarang, shahida yang sekarang sangatttttt sensitif, suka memendam rasa *cewah gitu ayat aku* wkwk.. hm sambung balik. kat mana tadi?? haa. pendam rasa. Mood sering tak menentu, kadang okay,kadang tak,sampai kawan2 aku cakap "kenapa tarik muka? kenapa buat muka ketat?" tu lah aku yang sekarang. Hati ini seakan kosong setelah masuk ke alam IPT. mengapa? apa yang kurang? puncanya? untuk merungkaikannya terasa sulit.Wahai masa, tidak mahukah kau berulang? tidakkah kau mahu memberi sedikit belas kasihan? Ohh, aku lupa. Kau tiada hati,tiada jiwa. mana mungkin kau memutarkan kembali waktu...

Aku cuba selami hati ni, jika ada waktu untuk bersendirian, pelbagai persoalan muncul, bertubi-tubi sehingga aku tak mampu untuk menjawabnya.Kini aku perlukan makanan untuk rohani aku, jiwa aku. Kalau dulu diwaktu persekolahan, ada saja yang menasihati, bagi semangat. Tapi sekarang? kurang. Memang ada yang memberi,tapi aku rasa tak mencukupi. Gelisah,pening, rasa takut menghadapi hari mendatang,semuanya menjadi satu. Wahai sahabatku, Amalia, Umi, Adibah dan syazie. Rindu pada kalian. Rindu pada kenangan lalu. Tapi aku tahu, tak akan ada lagi waktu seperti dahulu. Senda gurau, Nasihat takkan menerjah lagi ke diri ini. Haluan kita sudah berbeza. Yang mampu aku titipkan hanyalah secebis doa. Doa yang tidak seberapa. Buat kalian......




Terima kasih buat sahabatku di politeknik yang memberi gambar ini, syukraannn...


Dalam waktu yang terdekat ini, aku cuba perbaiki diri.Ingin menutupi apa yang perlu dilindungi dari pandangan ajnabi. Bermula dari bawah. Aku ingin istiqamah. Doakan aku agar berjaya melakukan istiqamah.  Tak banyak melakukan perubahan, sedikit aku sudah bersyukur. Di akhir penulisan ini, aku ingin memberitahu, dugaan yang hadir ini akan selalu membuatkan kita berfikir untuk melakukan perubahan dalam diri. wassalam..





Nota Kaki : Maaf andai penulisan kali ini mengganggu emosi. Maafkan kekhilafan diri ini. Tidak bermaksud                       untuk mengganggu pemikiran kalian, cuma ingin berkongsi rasa hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan