Khamis, 14 Februari 2013

UNTITLE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Permulaan blog hari ni nak main satu teka teki boleh? banyak2 burger, burger apa yang paling tinggi pangkatnya? haaa.. cer jawab.. jawab..  bagi jawapan anda di bahagian ulasan ni ye. ehehehe :D


Rasanya dah lama tak update blog. Ada rindu tak ni? *angkat kening* ceehh, mula perasan. k.. Cerita yang aku nak ceghita ni adalah ceghita yang bercampur-campur dan tak bertajuk. So jangan nak pening2 bila aku campur adukkan okay. har har har :P

Cerita yang pertama ni masa hari selasa hari tu. Nak tau? nak tau? nak tau? nak tau?  hahahaha.. mesti rasa nak lempang aku lelaju. *hulur pipi* lol :P Den dok poning memikirkan camna nak pergi cop borang biasiswa den ni.Pepagi dah dok kena tahan dengan mak macam kena tahan polis,tanya memacam. Telinga hni cuma tadah jer suma nasihat mak.Tu lah tak buat awe2 bende ni kan. Say kapok to me lah. k -..- Punya gigih pogi Klang, Last2 pejabat tu tak bukak.Tongah2 paneh pulak berjalan. Fuhh.. *lap peluh* dengan berjalan di sekitar bandar yang dipenuhi bangla.Dah macam aku yang duduk kat negara dieorang ni habaq hang. lol :P Tengah dok2 jenjalan,ada orang indon kena tangkap polis sebab takda pasport. Padan muka hang,datang negara orang tak tahu nak masuk secara halal ke haa? -..- lain kali jumpa aku,aku boleh settle. eh, Hahahaha.. *dalam mimpi aku buat* lolol Semata-mata nak sejukkan badan ni masuk singgah krumah pakcik maidin a.k.a Pasaraya MYDIN ni. hehe.. Pastu fikir2,alang2 dah kat luar ni, baik tunaikan BB1M aku ni kan. muahaha.. Bukan BB cream okay -..- *pelempang singgah kat pipi jakgi* Call mak then buat suara manja dengan mak mintak kebenaran nak pergi AEON Bukit Tinggi. *Mak gua cair okay* hahaha :P

Sampai jer dekat situ,terus straight ke kedai popular,malas nak melencong tempat lain.Tak pasal2 nanti habis duit gua macam air. *tengok dompet keluar kupu2 dah* T.T Dalam kedai tu jer 1 jam setengah aku habiskan masa cari buku, padahal guna baucer cuma rm100 jer.Congak2 berapa kena lagi kan,duduk tepi rak buku macam orang kurang siuman. *jangan bayangkan* hm.. Sakit hatinye bila nak keluar benda alah kat tempat orang lalu lalang keluar tu berbunyi,terkejut beruk habaq hang,memasing tengok aku macam aku ni pencuri. Takpa,sekurang-kurangnya gua femes kejap orang perhatikan gua,k tak lawak. malu ada lah. Nasib baik tak bunyi untuk kali kedua. Memang takda mood lah lepas tu kan, terus balik jer. Sampai rumah adik tanya aku beli big apple ke tak? Hammbbooiii! ingat akak mu ni cop duit kaa? err.. Aku beli ni jer, kau rebus minum air die confirm jadi pandai. wakakaka :P


Dengan rm100 dapat benda2 ni ,hehe..


Terima kasih PM, ewahh *jejoget* lol 


Ni nak cerita pasai semalam pulak, terpaksa jugak bangun pepagi buta sebab nak pergi Putrajaya. Pepenat hari selasa tu pergi pejabat yang kat KLANG,rupanya kat banting ada. Naif nya aku. k.. Pakcik ni pandang aku macam aku buat salah jer. Die pelik kot sebab aku datang sensorang bawak beg macam budak sekolah gamaknya.. hahahaha *perasan budak sekolah kejap* :D Lepas cop apa semua bagai,terus gerak Putra.Kalau tak sesat kat putra memang tak sah abah aku ni. Banyak sangat jalan. Akhirrnnyyyaaaaa... sampai jugak. alhamdulillah.. hehe :) terus pusing2 cari Aras 3,yang bengang bila pergi aras 3,orang tu suruh pergi aras 5 pulak. Sabo jelah kan. Aku dengan abah pelik, kenapa pintu ni tak boleh bukak,macam ada magnet jer, rupanya aku tak mintak kad pelawat kat bawah tadi,memang padan dengan muka. Nasib baik ada orang lalu,boleh tumpang sekaki masuk. Masuk jer terus jumpa pekerja kat situ,sekali yang keluar pakcik hensem, eh salah, abang hensem. muahahaha :D jumpa kejap jer,lain kali jumpa lagi ye bang! eh, *dalam mimpi* ehem..  sekali lagi, tak boleh nak bukak pintu ni, nasib baik ada abang chinese ni baik hati tolong bukak pintu ni,hahaha malu gua tarik pintu tu sampai gegar tapi tak boleh bukak. ape daa ...  hahahaha.. sedihnye bila balik tak singgah memana pun. T.T .. bila petang abang aku ni angin tengah baik beli ayam uncle bob. Memang aku yang lahap dulu lah kan. hahaha.. *evil laugh* 

Yang aku paling tak sabar : Aku tengah kira hari ni, bila nak balik poli?? eh, hahaha bye..

Saja nak selit gambar gua dengan kawan2 gua.. :D
Nota Kaki :  Kalau ada duit,jangan nak dihabiskan. -PESAN MAK AKU-
                    Simpanlah sikit2, sebab sikit2 lama2 jadi bukit. 
                    -NI PESAN AKU PULAK- 
                     eh, hahahahaha k bye. Assalamualaikum

3 ulasan:

  1. Wah, beli buku!
    best tak buku, Siapa Allah di hatimu?
    cam best je!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. boleh lah.. cubalah beli. btw, ni siapa?

      Padam
    2. Hehe.. boleh lah.. cubalah beli. btw, ni siapa?

      Padam