Rabu, 5 Disember 2012

LEPAS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Hello guys! lama tak jumpa *ceh ayat macam penah juma hangpa semua ja* haha :P Btw, semua sehat ?*tepuk bahu* Tajuk entry di atas takdalah kena mengena dengan aku nak melepaskan hajat ke hapa okay,baca jer apa yang aku tulis. .____. sebenarnya tersangatlah malas nak update blog, tapi gagahkan jugak jari ni untuk menaip entry hari ni. Fuuhh~ penat tak hilang lagi lepas kemas rumah. Maklumlah akak kahwin kan. Lepas ni turn aku pulak. eh. bhahahaha.. gegurau jer cik kak cik abang. Tapi kalau bebetul apa salahnya. haha.. kalau dah jodoh.Kalau mak aku baca post ni mesti terus carikkan calon untuk aku. bhahaha.. Kat dalam bilik sensorang ni mula lah aku memasang angan-angan .Jangan ada benda lain yang aku teringat suda. *Toleh kiri toleh kanan*  mau terberak aku kalau teringat benda tu. Okay tu tak kelakar pun. Enjoy the moment persandingan kak long aku. hehe sebelum akak bersanding, aku ngade2 ketuk2 bilik dia then bila dia bukak pintu aku tersengih macam kerang busuk. heh.. sebelum akak aku dibawak lari oleh abang ipar aku, baik aku pi interview dia ni kejap. hahaha

Aku : Akak2.. *suara ala2 manja menggoda* -muntah hijau-
Kak Long : Haa apa dia?
Aku: Cantik baju akak ni, ehem *puji2 sikit* hehe
Kak Long: Akak dah tau da baju akak ni memang cantik, kau dah kenapa tanya soalan macamtu?haha
Aku: -____- *tak boleh orang puji dia ni,kembang setaman* -sengih- Best tak kahwin? hehe
Kak Long: Mestilah best, macam2 kau boleh buat dengan suami kau nanti. Haha.. 
Aku: -Gelak-
Kak Long:Mulalah fikir bukan2 tu. Jangan fikir tu aje, Best kahwin sebab kau da ada tanggungjawab melayan suami,takdalah macam kau hidup bujang dulu.
Aku: Ohhhh....
Kak Long: Bila dah jadi isteri,kau kena tau batas pergaulan, dengan sapa kau boleh cakap, jaga makan minum dia, ada masalah kena selesaikan sama2.Jangan belakangkan dia. -muka serius-
Aku: Susah jugak kahwin ni eh.
Kak Long :Memanglah, jangan fikir lepas kahwin ni boleh enjoy macam masa bujang dulu.
Aku: Akak lah tak boleh keluar macam dulu2.. merayap sana,merayap sini. hahahaha 
Kak Long: @#3??/// -____-'

Memang best berbual dengan kak Long. Will miss you. Tengah bergolek-golek kat bilik pengantin, tiba2 pulak mak andam datang, haishh~ memang potong stim betul.Aku pun tengok cara2 akak aku dimake up kan. Memang lawa lah aku cakap kan. Muahaha... Kejelesan terserlah kat muka aku ni. hm



Muka kak long lepas di make up. *Kak Long kecik comel macam aku jugak,eh haha* k bye




Adek aku hilangkan diri bila suruh kemas meja. Kacip fatimah betul kau jah.  -___-  Tak pasal2 aku kena kemas.. Lepas siap kemas mula lah duduk macam orang ngantuk. memang mengantuk pun sebenarnya. Tiba2 sepupu ajak karaoke pulak. memang best lah kan. muahaha.. even suara macam katak pun bantai jer nyanyi. hada haku kesah jah? hahaha.. Lepas hajat nak karaoke. Nak menyanyi kat dapur tak boleh, ramai orang, lagipun pantang orang tua dengar anak dara nyanyi kat dapur, katanya nanti dapat suami tua. Kalau dapat suami tua tapi banyak duit takpa. eh, hahahahahaha.. Simpang malaikat  44. kalau boleh nak cari yang dua tiga tahun tua. tak nak tua sangat. k.. Dah gatal sangat dah aku ni nak kahwin, hahahaha.. k2 bye!
P/S :Haku rasa entry kali ni dah macam karangan bahasa Melayu, Patutlah SPM bahasa melayu aku A. Kau ada?  hahaha.. harap terhibur baca entry kali ni. Lepas baca harap kamu semua mimpi indah ya.. kah kah kah~ 

Nota Kaki: Setiap yang indah itu ada kepahitannya.Ibarat Kopi yang tiada gula.Jika ditambah gula,manislah ia, kalau tidak, pahitlah ia sepait-pahitnya. Peace ^^ =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan