Rabu, 12 Disember 2012

12.12.12

Assalamualaikum W.B.T

Hye2.. *lelambai* masih baca blog ni? terima kasih diucapkan.Terharu kalau ada yang masih ikut perkembangan blog aku ni wei! *kesat air mata* eceh~ tak payah nak jenjiwang malam2 buta ni. Btw, kenapa kalau malam kita panggil malam buta? soalan cepumas untuk anda. wkwkwkwk .. okay stop merepek. Berbalik dengan cerita yang aku nak kongsi dengan korang malam ni, korang tau tak hari ni adalah tarikh yang sangat cantik? haaa, korang dah tau kan? saje nak main soal jawab ni. wahaha,lawak yang tak kelakar. -.- 12.12.12 ni bukanlah waktu aku dilahirkan,aku bercouple,aku holiday dengan family,aku bernikah ke, tu semua bukan. tolonglah faham.Tarikh ni bagi aku adalah tarikh biasa yang adanya hari rabu,sistem doplopat jam dan aku lakukan aktiviti harian aku. ehem~  Lainlah macam budak2 lain,tarikh ni tarikh bermakna dieorang, bercouple,pergi holiday,tarikh nikah semua jadah tu.Congrates sapa yang raikan hari ni. Pity me. T.T 

Hari ni macam biasa lah aku bangun,mandi solat.Pastu golek2 kat atas tilam yang empuk sambil bertweet. Pagi2 kat twitter dah mention2 orang. memang dasar.. kesian dieorang.Takpalah,at least aku isi masa lapang aku waktu pagi. :P Bukan senang nak tengok orang balas tweet aku ni. hahahaha .. lepas gegolek, pergi tolong mak apa yang patut.Kata nak jadi anak solehah kan. haha :P Mak panggil suruh masak nasi.haih,memang muka aku hari2 hadap beras kat rumah.Tapi takpalah,aku ikhlas bantu mak aku. ihiks~ Lepas habis buat kerja semua,sambung main twitter.Haa,memang  kerja aku hari2 bukak twitter aje.Orang pun naik bosan tengok asyik aku yang tweet kan. muahaha.. peduli ape aku.. Korang campak botol ke,selipar jamban ke, aku tepis. wakakaka.. Sambil2 online tu adik aku acah2 main tumbuk2 dengan aku,sekali aku tumbuk die bebetul daa. hehe.. bukannye sengaja.Adik aku ni suka acah2 manja dengan aku,konon2 sweet cium2 aku bagai,rupanya ada udang di sebalik mee.Dimintaknya aku KFC. Aku rasa macam nak siku jer kepala dia ni.Kalau aku tahu,tak ku sambut ciuman darimu sayang.hahahaha..

Lepas solat zohor, aku pun tengok lah cerita indon yang aku taktau pun jalan ceritanya macam mana.Cerita Indon makin berleluasa kat stesen tv malaysia ni. haishh~ Tak kisahlah la,aku malas nak ambik pusing sama itu cerita. Lantak pi sana. Sambung cerita aku tadi,ehem~ sampai mana? haa,lepas tengok kisah indon.Aku melayan perasaan kejap dengan dengar radio era.Alahai,memang jiwang karat lah lagu2 masa wa dengar ni.Layankan jelah.Lepas puas layan lagu jenjiwang ni,kak long datang rumah ajak pegi Pantai Morib.Memang pucuk dicita ulam mendatang lah kan. hehe.. Sampai kat morib jer wa pekena ABC.sedapnye.. nyum nyum..Sedap2 melayan ABC,ada pulak orang yang tak diingini kacau.Spoil betul -.-
Lepas jenjalan macam orang takda arah tuju,baliklah aku ke rumah kesayangan. kesayangan ke? hahaha.. :D  
Cenggini lah cerita 12.12.12.. aku. Haa.. kbye.

Nota Kaki :Tak semua yang kita akan kita dapati.boleh korang share dengan aku apa terjadi kat tarikh 12.12.12 korang?Sebelum mengakhiri post,Aku harap malaysia menang esok, dan rakyat gaza akan selamat dari cengkaman israel.Pray for both of them! Fi sabilillah ^^

1 ulasan: