Isnin, 15 Oktober 2012

BUKU BARU

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama blog aku dibiarkan sepi, kini akan tercoret kembali kisah-kisahku. Aku tahu,kamu semua pasti merindui coretan-coretanku,tak apa, kini aku kembali.. menemani sepi hari-harimu.. 

Eceh,harap maaf,ayat diatas hanyalah intro yang merepek dan aku sendiri pun tak tahu apa maksudnya.Okay shida okay.Aku tengah tension ni,memikirkan banyak assignment yang tertangguh. Eh, kejap2.. Assignment? apa ni? apa ni? Haha.. Ya, kini aku telah masuk ke alam Universiti,tapi politeknik bukanlah seperti universiti yang aku idam-idamkan. Hmm... Ini sahaja rezeki yang aku terima daripada allah.Aku redha.

Di sebalik senyuman ini tersimpan seribu kedukaan.


Mungkin korang semua tak tahu betapa banyak dugaan yang perlu aku lalui untuk samapai ke tahap ni, Dari persekolahan aku cuba untuk bersaing dengan rakan2 sekelas,dalam doa aku setiap hari agar mendapat keputusan SPM yang cemerlang.Sehingga tiba hari mendapat keputusan, aku bersyukur kerana mendapat keputusan yang buat aku kembang sendiri,hmm aku memang kuat perasan waktu tu. *tolong jangan bayangkan* Setelah itu, aku mencari kerja sementara menanti keputusan UPU keluar.Waktu itu aku sangat berharap aku diterima masuk ke UITM atau UPSI,tapi harapan hanya tinggal harapan.Sedih mengenangkan nasib ini. Rakan2 sekerjaku masing2 telah menyambung pelajaran mengikut pilihan hati. Aku? belum lagi. Kakak2 di tempat kerjaku pernah berkata * rezeki kita sentiasa berada di mana2* aku masih ingat kata2 itu. Terima kasih atas sokongan yang diberi.Suatu malam ketika sedang menggodek-godek facebook,tetiba pulak rasa nak tengok permohonan ke politeknik dan alhamdulillah rayuan kemasukan masih dibuka.Aku mengisi segala maklumat yang diperlukan. Akhirnya aku dipilih masuk ke POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,SABAK BERNAM. Ramai dikalangan rakan2 menyokongku untuk mengambil jurusan ini.PENGURUSAN PELANCONGAN? Pada mulanya tidak minat dengan jurusan ini,akhirnya aku serasi.Pelbagai tugasan telah dapat aku siapkan besama kumpulan aku. Sebenarnya ada cerita di sebalik kumpulan aku ini,tapi biarlah kami sahaja yang tahu. Di bilik asrama,sering sangat  rindu keluarga,tapi apakan daya, belajar di tempat orang..Tak bolehlah selalu balik. Hanya gambar menjadi peneman hati.* aku rasa ayat aku ni macam lah aku ni belajar kat luar negara, huh? -.-*  Terima kasih kepada teman2 sebilik kerana selalu juga menjadi peneman ketika sedih,hehehe..Cepatnya masa berlalu,kini aku di akhir semester.Final exam menungguku.Aku berharap agar dipermudahkan ketika menjawab final exam nanti.Harap rakan-rakan ku dapat mendoakannya sekali,AMIIINNN...



Rakan sekelas *otak gila-gila sepertiku,terutama sebelah kiriku* Harap dia tidak baca.. love you friends.. *hug*



 

Teman sebilik,terima kasih kerana menjadi sahabatku :) *mereka ini  segila  seperti aku jugak* mohon mereka tak membacanya*
Rasanya banyak sangat aku meluahkan perasaan malam ni. Hmm.memang banyak. Dan aku rasa perkataan yang aku guna untuk malam ni pun terasa sangat formal. Perasan? tak? okay fine.. *baling telur*
Semoga mimpi indah kawan2.. Assalamualaikum.. :D


Nota kaki : Tak semestinya apa yang kita nak kita akan dapat.Terima seadanya apa yang telah ditentukan untuk kita. Keep smile ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan