Khamis, 19 April 2012

Zaman Dulu-Dulu

Assalamualaikum

Har har har *gelak trend sekrang* rasa macam nak kena baling dengan selipar saiz 41jer bila gelak macam tu.Tolong reader jangan melakukannya. --' Okay apa cerita kita hari ni? Baiklah hari ni kita santai jer cerita pasal zaman kanak-kanak aku. Kalau nak cerita dari kecik sampai besar memang sampai esok pon tak habis,so aku nak cerita benda yang still ingat sampai sekarang. *muka serious mengalahkan Erra Fazira yang cun melecun tu* :P


#ANGIN

Kisah ni berlaku masa aku umur 6 tahun.Haaa, jangan tanya umur 6 tahun tu darjah berapa *baling telur kang sapa yang tanya macam tu* Okay ni dah melalut.Masa tu aku tengah nyanyi lagu Twinkle-twinkle dengan kawan-kawan hingusan aku.Then tengah semangat menyanyi *hidung sambil kembang kempis macam tak cukup oksigen* kawan aku kentut.Baunya memang terbaik dari ladang lah kan.Habis satu kelas berhenti menyanyi. Punyalah aku cari dari mana datangnya bau tu sebab kuat sangat rupanya kawan belakang aku yang kentut.Sorang pun tak tau kecuali aku.Dia pun suruh aku cakap orang depan aku yang kentut.Aku yang bendul ala-ala Mr. Bean pun cakap lah.Memang jadi bahan lah kawan aku yang duduk depan tu.Then dia nangis.Waktu muka aku cuak gila sebab dah fitnah orang,aku terus mintak maaf kat dia lepas kelas nyanyian tu.Tapi dia tak maafkan,yang lebih cuak tahap maksimum,dia mengadu kat ayah n mama dia.Fuh~ Tapi nasib baik ayah dia tak buat apa-apa kat aku,lepas kejadian tu kalau aku lalu depan bapak dia aku senyum ala-ala Mas Idayu *sila muntah* .Dah besar ni bila ingat cerita tu aku rasa macam hentak kepala kat tiang jer sebab fitnah orang.Lepas ni dah tak buat dah :P

#TIRU

Waktu ni aku darjah 4.Sapa yang sekelas dengan aku mesti,pasti dan yakin korang masih ingat apa yang kita dah buat. Waktu tu exam kertas muzik.Sebelum exam mula,Aku and kawan-kawan aku sibuk dok pok pek kat belakang and yang lain baca buku.Masing-masing muka khusyuk mengalahkan Afdlin Syauki tengah berlakon serius.Kiteorang watlek jer tanpa sebarang ulangkaji*muka cool and penuh yakin boleh dapat 100%* And exam pun bermula.Meja exam aku dengan kawan-kawan hingusan aku kat bahagian belakang, muka kawan-kawan aku cuak macam nak meneran bersalin lagaknya.Dan aku still control ayu masa tu, *harap takda reader yang muntah hijau* hahaha.. Apa lagi,kawan-kawan aku pun memulakan operasinya,masa cikgu tengah makeup ala-ala siti nurhaliza kat depan,kawan aku yang pandai lagi bijaksana pergi ambil buku muzik dia yang macam belacan tu then letak bawah meja,waktu tu aku dah yakin akan score 100% muzik ni.Hahaha..Bila cikgu pergi belakang,kiteorang buat-buat gigih tulis jawapan.*muka control ayu* Bila cikgu ke depan balik,kawan aku keluarkan lagi buku dia,and aku sangat geram,bengang,marah kat kawan aku ni sebab apa, buku muzik dia banyak conteng-conteng daripada nota.Waktu tu frust gila,Kawan-kawan aku termasuk aku dah macam cacing kepanasan sebab waktu exam tinggal 30 minit.And last-last kiteorang buat jer apa yang kiteorang tahu,yang jawapan bulat-bulat aku ngan kawan aku guna isyarat tangan.Apa yang dieorang buat aku ikut.Waktu tu memang aku ikut jer cakap kawan-kawan aku,maklumlah masa tu babyface lagi,eh tak tak! salah masa tu muka aku innocent,takut hilang kawan aku ikut jer apa kawan aku buat.Buat adek2 kat luar sana,jangan ikut macam aku. lol :P

#SEMBUR

Ehem~ ehem ketika kejadian ni aku darjah 5.Kejadian ni pulak berlaku masa aku sekolah petang,Sekolah Rendah Agama.Waktu tu aku ditempatkan di sebelah jejaka kembar.ehehe~ *harap lau dia baca dia ingat* haha..Kelas memang riuh rendah mengalahkan orang jual ikan kat pasal malam *2 singgit 2 singgit* eh, hahaha :P Jejaka kembar sebelah aku bercerita pasal kereta control yang ayah dia belikan.Aku dan kawan-kawan seangkatanku sibuk melopong dengar cerita dia yang boleh dikatakan awesome tu! hahaha~tiba-tiba aku terasa haus pulak sebab penat melopong.Then tengah menikmati air sejuk yang dibeli di kantin,kawan aku dari belakang tepuk badan aku.And yes! aku sembur air tu tepat-tepat kat muka jejaka kembar tu.Malunya aku masa tu mengalahkan Raja Azura salah cakap kat pentas.Tapi muka still cover cun *harap jangan ada reader yang booo kat aku* Then ada sorang kawan aku a.k.a kekasih hati jejaka kembar ni datang dan lap muka si jejaka kembar. Dia cakap:

R******, AWAK TAK APA-APA KE?

haaa~ sweet tak sweet tak? haha.. Aku dengan  rasa bersalah, mintak maaf kat jejaka kembar tersebut.Then dia kata tak apa.Tak apa-apa dia kata? dia dah kena air liur basi aku masih boleh sabar.Alarrhh~ control macho ler tu~ hahahaha... Lepas awek dia yang ala-ala gedik tu pergi basuh tangan dia lepas lap muka jejaka kembar,jejaka kembar tu ada bagitau aku something.ehem! ehem! ni yang cek malu nak habaq kat hangpa ni..hihihi Dia cakap:

AWAK,SAYA SEBENARNYA SUKA KAT AWAK >.<

Alolo~ *dance* rasa macam dunia ni ana yang punya bila dia kata macam tu. hahaha~ lol :P lupakanlah kisah tu.Cinta monyet jer dulu tu.Hehe~ and hari rabu minggu lepas, jumpa dengan jejaka kembar tersebut,DUshh! Dusshh! pukul kepala sebab taknak ingat tentang perkara yang berlaku masa kecik-kecik dulu.Dia pandang aku,aku pandang dia. *senyum* Hanya itu yang mampu..Rindu nak ulang zaman kecik-kecik dulu.......

-THE END-



P/S:Cerita ini hanya perkongsian semata-mata.Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.Peace ^^
Ni Novel baru karya saya,eh tak! tak!  saya baru beli novel ni. hehe :P *merepek tengah tengah malam*
Maaf andai entri kali ini merepek ke apa ke. peace again yo! ^^
Pergi makan restoran BABA,Maaf post ni ayat cacamarba. :)

3 ulasan:

  1. ahhaa!!!
    menyingkap kenangan diwaktu sekolah...

    seronok baca kisah kau ni.

    #angin : the best story.

    tp part bawah2 tu saling bersangkut paut, menambah minat untuk aku baca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. thanks stalker lol :P
      kau bila nak buat entry pasal zaman dulu2? hihi :)

      Padam
    2. ahhaa!!

      kalau nak citer pasal zaman aku, nanti aku kena start dari dalam perut. readers kena scroll banyak2. haha

      Padam