Isnin, 23 Mei 2011

Lelaki kacak n perempuan cantik .. ? heh ~

Aku yakin, mesti sudah ramai yang acap kali mendengar pepatah orang-orang melayu zaman sekarang ini ‘kenapa lelaki handsome, mesti awek tidak cun langsung’ dan ‘kenapa perempuan cun, mesti balaknya muka macam geng pecah rumah’. Aku sendiri pun kadang-kadang terfikir dan menyaksikan semua ini di depan mata aku sendiri. Sebenarnya adakah kita perlu menganggapnya sebagai sindrom yang aneh?
“Eh, kenapa ek aku tengok awek mamat tu, cantik sangat. Sebijik macam model. Tapi try ko tengok balak dia, muka dan cara pemakaian dia, alahai macam penagih dadah dah aku tengok, muka hitam, cengkung, rambut serabai”. “Ala, apa yang ko peliknya, mungkin itu sudah jodoh dia”.
Jodoh? Ya, 90% aku setuju. Sudah jodoh mereka, kita memang tidak boleh berbuat apa-apa lagi dah. Mungkin orang zaman sekarang, tidak lagi mementingkan dan melihat rupa paras semata-mata, tetapi melihat terhadap hati budi seseorang. Mungkin walaupun muka lelaki itu seperti penagih dadah, tetapi dalam hati ada sunway lagoon, kita mana tahu kan? Hanya pasangannya sahaja yang dapat menilai semua itu. Kita yang orang luar ini, duduklah senyap-senyap.
Dan kemungkinan ada satu lagi faktor kenapa semua ini berlaku. Kenapa lelaki kurang kacak selalunya akan mendapat awek yang cun? Mungkin lelaki itu hebat dalam selok-belok percintaan. Dia mungkin lebih romantis dan pandai mengambil hati. Jadi, mereka mungkin menjadi lebih istimewa di mata perempuan. Selain itu, kemungkinan kenapa perempuan tidak memilih lelaki kacak sebagai boyfriend ialah kerana perempuan tahu yang KEBANYAKKAN lelaki kacak ini ramai yang playboy atau kaki perempuan. So untuk elak dari dipermainkan awal-awal, perempuan mengambil langkah bijak untuk tidak memilih lelaki kacak. Haha.
Dan kenapa selalunya lelaki kacak mesti bercinta dengan perempuan kurang cantik? Kemungkinan lelaki itu menganggap perempuan yang cantik ini kaki kikis duit, melecehkan, nak itu nak ini, nak gincu ini, nak mekap ini. Yela, nama pun perempuan cantik kan. Jadi sebelum duitnya dirembat oleh perempuan yang cantik, jadi lelaki itu mengambil langkah awal-awal untuk bercinta dengan perempuan yang kurang cantik.
Apapun, sebenarnya ini adalah pilihan masing-masing kan. Kita tidak berhak hendak pertikaikan hak masing-masing. Setiap orang mempunyai taste yang berbeza-beza. Namun aku faham, kebanyakkan orang termasuk aku mudah untuk masuk campur atau menyibuk hal orang. Jadi, bersama-samalah berdoa agar kita dikurniakan pasangan yang akan kekal sampai ke akhir hayat.

P/s: Jangan siapa-siapa terasa dengan apa yang aku cakap ya. Itu cuma andaian aku sahaja. Salam.


2 ulasan: