Rabu, 4 Februari 2015

Aduh

Assalamualaikum w.b.t





Hai pembaca blog ni, lama aku tak update kan? hm.. Sorrylah agak busy lately *busy sangaaaaatttt* hahaha..  Sudah tak sudah aku dah nak habis study bulan 4 ni. Can't wait. Oh yeah, sepanjang semester 5 yang lepas, macam2 benda terjadi dekat aku n family. I dont know, mungkin allah nak uji aku. Tak boleh nak tengok mak dengan abah sedih ni. Untuk along, redha dengan ketentuan Ilahi. Belum ada rezeki nak menimang cahaya mata lagi. aku doakan kau dapat anak. Insyaallah. Kebahagian mungkin belum milik kita mungkin. Buat mak dan abah, kite harap mak dan abah dapat tunaikan umrah atau haji. Biar hidup dalam kemiskinan, dikata, asal kita tahu batas batas hidup ini. Allah maha adil dan maha mengetahui.


 Pahitnya semester 5 ni, pahit lagi semester 6. Mungkin silapnya dari aku, atau bagaimana. Rasa sakit bila orang dah mula annoying dengan kita, cakap belakang pasal kita. Erm, salah aku mungkin, minta maaf dah, masih tak puas hati dan diberi kata perlian. Terasa tawar hati. cuba untuk berbaik semula tapi....  sampai bila aku boleh tahan? entahlah.  

Aku bukan orang yang suka gurauan melampau. Semua yang dirasa mungkin cuma mainan perasaan aku saja. Biasalah syaitan, menghasut manusia nombor satu. So jadinya aku malas nak cakap apa apa n diam saja di poli ni. Takda nak sakitkan hati orang. Kalau aku dah mula bersuara, habis nanti. membebel n cakap merepek - repek karang. Lebih baik berdiam sebab apa? Taknak sakitkan hati orang lagi. Kalau aku cakap nanti aku yang kena balik akhirnya buat apa kan? Lidah ni tajam, sekali bercakap, seribu orang terasa. k, Cukuplah aku yang dah sedia jahat ni. Wuishh..



Kalau lagi lama aku bukak blog ni, makin bebel bebel aku nanti. 



Isnin, 10 November 2014

Give up

Assalamualaikum w.b.t


Warkah kali ini nak bercakap pasal putus asa. Putus asa? Siapa yang tak pernah putus asa ni? Kau? Aku? Dia? Siapa? Semua pernah merasa. Sampai satu tahap ada yang rasa nak bunuh diri. Wow, hebat penangan dia. Give up ni ada banyak cabang. Sebab belajar, perniagaan, give up dalam perhubungan. Sebab belajar pernahlah aku rasa give up, tapi untuk yang lagi 2 tu, belum pernah merasa macam mana. Ceh, hehe.. Nak kongsi ke siapa yang pernah merasa tu? Silakan.

Bila kau rasa ada orang lagi hebat dari kau, kau rasa tak berguna? Kau rasa kau lemah? persetankan je semua tu. Kau putus asa, sapa yang tolong kau? Allah,mak ayah, lagi? pakwa / makwa kau? *kalau dieorang tu boleh pakai* kah 'sentap'.

Ada orang kata 'wei, aku dah give up lah dengan makwa / pakwa aku, aku rasa nak break' there you go. Daripada kau give up tak tentu pasal, meroyan sana sini,semakkan otak. Hahaha.. Perjalanan hidup masih jauh lagi woi, give up pasal benda2 remeh,alaaa pe bende lah semua ni. ada orang kata lagi ' kau tak rasa memang lah cakap macam ni, cuba kalau kat tempat aku' hahaha ok mungkin aku tak paham dengan korang yang ada perasaan give up camtu. Tapi bagi aku, better let it go jelah. Cari semangat kau yang baru, motivasukan diri, n istiqamah. Mudah kan? but semua tahu simple to say but hard to do.

Kalau dalam pembelajaran kau rasa subject ni susah lah, subject tu susahlah.  Apa kau buat? give up nak buat latihan lagi,set dalam otak tak boleh buat benda tu. Payah! Tu je yang bermain di minda. Tipulah kalau aku takda perasaan macam tu, kah! Apa nak buat, lumrah manusia. Apa yang boleh aku perbaiki. Always think positive. Tapi takdelah selalu nak positive je kan. Hehe..

Semester ni paling banyak hadap dugaan. N give up tu pastinya ada. Apa yang aku fikir bila nak give up, ingat mak abah yang kat rumah tu, *ceh* dan aku fikir nak habis diploma je dan tinggalkan tempat tu dan jadikan ia sejarah dan.... hm cukuplah tu. Sekarang berjaya lepasi semester 5 dengan jayanya. *Proud to myself* haha thanks kat semua yang tolong untuk semester ni. Sayang semua.

Nota Kaki : Sebelum kau nak rasa give up, fikir dulu apa yang kau dapat lepas tu.

Salam sayang,
Shahida dadidu